Wednesday, December 2, 2009

Melindungi diri dari gangguan syaitan

Amalkan 10 perkara :

1.Isti'azah
2.Baca Surah Al Falaq dan An Nas
3.Baca Ayat Kursi
4.Baca Seluruh Surah Baqarah
5.Baca Akhir surah Al Baqarah 284,285,286
6.Baca Surah Al Ghafir ayat 1,2,3
7.Banyakkan zikrullah
8.Berwuduk dan bersolat
9.Pelihara mata,percakapan,pergaulan
10.Baca 100X لا إله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير

Moga Beramal dengannya...

Ubat Pening Kepala @ Migraine

Ubat Pening Kepala @ Migraine

Sungguh benar apa yang Allah S.W.T firman : "Dan kami (Allah) menurunkan Al Quran itu sebagai penyembuh dan rahmat bagi orang yang beriman"(Isra' :82). Ulama' tafsir menyatakan bahawa ayat ini Allah S.W.T turunkan sebagai ubat penyakit syirik, kesesatan, ragu-ragu,penyakit-penyakit jiwa bagi orang-orang yang ingin mengamalkannya.
Alhamdulillah dikesempatan yang ada ni, saya yang yang daif lagi faqir ilmu dan amal, nak berkongsi sedikit pengetahuan tentang ayat-ayat untuk sakit kepala@Migraine. Caranya :
-Pegang kepala pesakit dengan tangan kanan dengan niat kesembuhan, jangan niat lain nanti lain pulak jadinye): sambil baca:
1) Al Baqarah 178
2) An Nisa' 28
3) Al Anfal 66
4) Maryam 1
5) Al Baqarah 186
6) Al An'am 13
7) Al Furqan 45
8) As Syu'ara 80

Kalau banyak sangat nak baca boleh pilih ayat tertentu saja, InsyaAllah kesembuhan dari Allah jua..Semoga beramal..